Monday, June 26, 2017

BIRYANI AYAM ANJAPPAR



BIRYANI AYAM ANJAPPAR

4 cawan beras basmathi (saya menggunakan jenis panjang) direndam selama 1 jam, kemudian tuskan  sehingga  kering. Ketepikan

1 kg ayam potong kepada kepingan besar (jangan buang kulit)

½ tsp serbuk kunyit *

1 s/m serbuk chilie *

2 s/m jus limau  nipis*

4 s/m yoghurt *

1 s/m  garam *

5-6 s/m ghee, untuk menggoreng beras

5-6 s/m minyak

10 kuntum bunga cengkih

2 batang kayu manis

8 buah pelaga

4 daun bay

4 marathi moghu,tak ada tak apa

1 s/m jintan manis

2 sudu teh jintan putih

4 biji bawang besar, dihiris halus

2 cili hijau, dihiris

4 biji tomato , dicincang

2 s/m pes halia / bawang putih

2 sudu teh serbuk chilie

1 s/m serbuk biryani

1 s/m garam masala

2  cube stock ayam

½ cawan daun pudina,cincang

½ cawan daun ketumbar cincang

6 cawan air (saya gunakan santan)

1. Campurkan kepingan ayam dengan bahan * dan marinate selama 2 jam

2. Panaskan ghee dan goreng beras sehingga  menjadi sedikit perang  pastikan anda tidak memecahkan beras. ketepikan

3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cengkih, buah pelaga, daun bay, jintan manis, jintan putih dan Marathi moghu goreng selama satu minit. Masukkan bawang dan goreng sehingga menjadi perang.

4. Masukkan cili hijau dan pes halia / bawang putih goreng sehingga hilang bau bawang putih. Masukkan tomato cincang dan masak hingga naik minyak.

5. Masukkan kepingan ayam dan kacau rata dan masukkan daun ketumbar dan daun pudina. Tuangkan air dan kacau rata  dan masuk serbuk chilie, serbuk biryani, garam masala, kiub ayam dan garam secukup rasa. kacau  dengan dan biarkan ia mendidih.

6. Masukkan beras ke dalam rice cooker dan tuangkan kuah ayam ke dalamnya dan kacau rata dan masak dengan rice cooker hingga masak.. Buka periuk dan kacau biryani perlahan-lahan menghias dengan gajus jika suka. Hidangkan dengan raita.









No comments: