Saturday, February 4, 2017

CHIROTI( KUIH TIRAM )



CHIROTI( KUIH TIRAM )

220 gm tepung gandum,diayak

20 gm ghee,cair

¼ s/t garam

Minyak untuk goreng

Untuk pes:

½ cawan tepung beras

Ghee, cair

Tuangkan minyak sapi ke dalam tepung beras dan campur menjadi pes.

¼ cawan gula

1 s/t serbuk buah pelaga

Kisar gula dan campur dengan serbuk buah pelaga.

Kacang pistachios,cencang,jika suka.

1.    Satukan tepung,garam dan ghee dan gaul hingga sebati. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul menjadi doh yang sedikit keras dan licin dan senang diuli. Ketepikan selama 1 jam tutup dengan kain basah.

2.    Bagai doh kepada 6 bahagian dan uli doh menjadi nipis. Sapu dengan pes dan atur. Gulung kemas dan potong kepada 12 bahagian.

3.    Uli dan goreng hingga menjadi kekuningan dan tuskan dan biarkan sejuk. Bila sejuk tabur dengan gula dan kacang pistachious. Simpan dalam bekas kedap udara.




No comments: