Wednesday, June 24, 2015

KARI DAGING KAMBING



KARI DAGING KAMBING
 
300 gm daging kambing,di-rebus hingga 1/2 masak. Saya pressure cook sampai 1/2 masak dengan sedikit
air ( air jangan banyak ). Ketepikan
 
3 biji ubi kentang serdahana besar,di potong 4
 
2 biji tomato,belah 4
 
5 cawan santan cair
 
60 gm serbuk kari daging
 
1 s/m serbuk chili
 
2 s/m pes halia
 
2 s/m pes bawang putih
 
Sedikit daun ketumbar
 
Garam secukup rasa
 
Bahan tumis:
 
2 biji bawang besar,di-hiris halus
 
4 kumtum bunga cengkih
 
4 biji buah pelage
 
2 kuntum bunga lawing
 
2 batang kayu manis
 
2 tangkai daun kari
 
5-6 s/m minyak
 
1. Panaskan minyak dan masuk bahan2 tumis dan tumis hingga bawang menjadi kuning dan bau Wangi. Masuk pes bawang putih dan halia tumis hingga hilang bau bawang putih. Masuk tomato dan kacau rata. Masuk pes kari dan serbuk chili dengan sedikit air kacau dan tumis hingga naik minyak.
 
2. Masuk daging dengan air rebusan nya sekali,santan ,ubi kentang,garam dan daun ketumbar kacau rata dan biarkan ia mendidih dan mereneh dengan api yang kecil sampai ubi dan daging masak. Bila kari sudah sebati. Tutup api. Tabur dengan daun ketumbar.
 
 
 
 




No comments: