Tuesday, May 1, 2012

TAU FOO KUKUS

TAU FOO KUKUS

4-5 keping tau foo lembik
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu besar minyak
500ml air
(A)
3cm lengkuas,hiris
6cm kayu kulit manis
2 kuntum bunga lawang
5 bunga cengkih
5 ulas bawang putih,ketuk
3 helai daun bawang
(B)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka
40gm gula batu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar stock ayam
1 sudu teh kicap pekat
(C)
1 sudu besar tepung jagung kacau dengan 1 sudu besar air.

Untuk hiasan
Daun bawang,mayang
Chilli merah,mayang

1. Panaskan minyak bijan dan minyak ,masukkan A tumis hingga wangi. Tuangkan air dan masukkan B. Biarkan mendidih, perlahankan api dan biarkan mereneh selama 30 mint.
2. Aturkan taufoo dalam bekas dan tuangkan sos di-atas nya. Dan kukus selama 30 mint. Keluarkan keping tau foo dari sos nya dan atur dalam pinggan. Tapis dan tuangkan sos nya kedalam kauli dan masak hingga mendidih tuangkan C dan kacau hingga sedikit pekat. Tuangkan di-atas tau foo tadi dan hiaskan dengan daun bawang dan chilli merah. Hidang panas2 dengan nasi.


No comments: