DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, April 18, 2018

DAGING KAMBING MASAK KICAP



DAGING KAMBING MASAK KICAP

1 kg daging kambing,saya pressure cook dengan 2 cawan air sampai 6 whistle. Sejukkan dan masuk kedalam peti ais dan simpan semalam. Saya buang lemak yang beku tu. Potong daging dan simpan air rebus nya.

150 gm bawang Holland,dipotong besar.

2 biji tomato,dibelah 4

250 gm ubi kentang,dipotong dan goreng hingga masak dan ketepikan

2 batang serai,diketuk

2 tangkai daun kari

¼ cawan kicap manis,chap kipas

¼ cawan sos tiram,Maggie

2 batang kayu manis

2 tangkai bunga lawang

6-7 s/m minyak

Bahan kisar:

10 tangkai chili kering,direndam

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 cm halia

Sangai dan kisar:

1 s/t jintan manis

1 s/t jintan putih

1 s/t biji ketumbar

5 biji buah pelaga

5 kutum bunga cengkih

1.    Panaskan minyak dan masukkan kayu mani,bunga lawang,bawang,serai dan daun kari goreng hingga naik wangi.

2.    Masukkan pes kisar dan serbuk rempah kacau rata dan tumis hingga hilang bau dan  naik minyak.

3.    Masukkan daging dengan air nya sekali, buah tomato kacau rata dan masuk kicap dan sos tiram kacau dan tutup kuali dan biar ia masak. Biar dah pekat sedikit masuk ubi dan kacau rata masak seketika. Rasa dulu jika tak cuku garam baru masuk garam. Hidangkan dengan nasi.

Nota: daging kambing yang saya guna ini daging beku Australia. Pasal daging ini keras sedikit pasal tu saya pressure cook sampai 6 whistle.





Friday, March 30, 2018

IKAN GORENG MASALA



IKAN GORENG MASALA

500 gm ikan tenggri ,dipotong cube.

2 s/t serbuk chilie*

1 s/t serbuk kari ikan*

½ s/t serbuk kunyit*

1 s/m pes bawang putih*

1 s/m pes halia*

1 s/t jintan manis,ditumbuk*

1 cube ikan,jika suka*

Garam secukup rasa*

3 s/m tepung kacang kuda

2 s/m tepung beras

5 tangkai chilie kering,dipotong

4 tangkai daun kari

1.    Gaul ikan dengan bahan bertanda* dan perap selama 2 jam.

2.    Gaul ikan dengan tepung kacang kuda dan tepung beras hingga sebati.

3.    Panaskan minyak dan goreng ikan sampai menjadi warna perang. Tapi jangan sampai garing nanti ikan keras.

4.    Goreng chilie kering dan daun kari dan gaul dengan ikan goreng tadi.





Wednesday, March 7, 2018

DALCA KACANG HIJAU



DALCA KACANG HIJAU

½ cawan kacang hijau,direndam semalam atau pun sampai kembang.

10 gm halia,ditumbuk kasar

5 ulas bawang putih,dihiris

1 s/t jintan putih

2 cawan air

Campurkan semua bahan2 diatas dan pressure cook masak sampai 2 whistle. Tutup api dan biarkan sampai sejuk. ( boleh juga rebus dalam periuk biasa sampai kacang betul2 empuk)

½ kg ayam, buang kulit dan potong kecil2.

 200 gm ubi kentang, dipotong

150 gm carrot,dipotong

100 gm kacang panjang,dipotong

100 gm tomato,dicincang

1 s/m serbuk kurma*

1 s/t serbuk chilie*

1 s/t serbuk jintan putih*

½ s/t serbuk kunyit*

¼ cawan minyak

2 s/m ghee

1 s/t jintan putih

1 batang kayu manis

2 tangkai bunga lawang

150 gm bawang besar, dihiris halus

3 tangkai daun kari

Sedikit jus asam java

Garam secukup rasa

1.    Lecek kacang hijau dan campur dengan 1 cawan santan dan 4 cawan air, ketepikan

2.    Campurkan semua bahan bertanda* ketepikan

3.    Panaskan minyak dan ghee bila sudah panas masuk jintan putih,kayu manis dan bunga lawing kacau rata.

4.    Masukkan bawang dan tumis hingga bawang menjadi sedikit perang. Masukkan tomato dan kacau rata masak hingga naik minyak . masaukkan bahan serbuk dan kacau rata.

5.    Masukkan ayam dan sedikit garam kacau rata. Masuk sayur dan kacau rata tuangkan kacang hijau dengan air nya sekali. Kacau rata dan biarkan sampai mendidih masuk air asam.

6.    Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga ayam dan ubi empuk. Rasa garam jika tak cukup tambah lagi. Hidangkan dengan nasi atau pun chapati.





Wednesday, February 7, 2018

VADAI AYAM



VADAI AYAM

1 cawan kacang dhal,direndam sampai kembang dan tuskan.

250 gm daging ayam kisar

7 tangkai chilie kering (ikut sukarasa pedas),dipotong

2 cm halia,dicincang halus

3 ulas bawang putih,dicincang halus

1 s/t jintan manis

¼ s/t serbuk kunyit

1 s/t serbuk garam masala

4 tangkai daun kari,dipotong halus

2 biji bawang besar,dipotong halus

Sedikit daun ketumbar dipotong halus

Minyak untuk goreng

Garam secukup rasa

1.    Ketepikan ¼ cawan dhal dan kisar yang lain dengan jintan manis dan chilie kering. Hingga lumat tepi sedikit kasar. Kisar tanpa air.

2.    Campurkan semua bahan lain dalam mangkuk dan gaul rata. Panaskan minyak dan bentukkan vadai goreng hingga masak. Kita orang india vadai ini kita orang makan dengan nasi bersama dengan lauk2 yang lain.